NOTA

SUKU KATA



kad-vokal
BahanPengajaran/BacaanAsas



Kata adjektif warna
  • merah
  • oren/jingga
  • kuning
  • ungu
  • biru
  • hijau
  • jambu
  • putih
  • hitam
  • kelabu










    HURUF VOKAL ( a , e, i , o , u )

     A            E              I             O           U                     

    Ayam        Ekor        Ikan       Oren        UlarAdik          Epal        Itik         Otak        Ulat

    Abang       Eja          Ibu         Obor        Udang
                                                                        

                                          
    VOKAL BERGANDING (au ,aa ,ui ,ai , io , ia)




    air              ais            kain           fail  
    halia          peria        piala          piano 
    daun          biola         radio        
    buih           duit           kuih          kui         suis  
    buah          kuali         tuala  
    taat           maaf         tuang       
    ceongsam                   manfaat


    PERKATAAN YANG MENGANDUNGI DIFTONG ( ai , au ,oi )

    rantai         limau       cakoi       laici       pakai     

    pisau         hijau        kuih         kicau    pulau

    kedai         murai       amboi      kaloi     kulai



    AYAT TUNGGAL YANG MENGANDUNGI DIFTONG 

    (ai , au , oi )

    * Buah laici manis.

    * Nora minum jus limau.

    * Mei Li makan kuih cakoi.

    * Puan Devi pakai rantai tangan.

    * Mizi  pakai kasut kulit.

    * Emak ada rantai emas.

    * Adik ambil pisau kek.

    * Baju kurung Nora warna hiaju.

    * Ben Li suka makan kuih cakoi.



    KONSONAN BERGABUNG

    Trak tentera                Polis trafik

    Penjual aiskrim          Bas Ekspres



    PERKATAAN YANG MENGANDUNGI DIGRAF

    bangau          burung     sarang        bangku     loceng

    gelongsor      palang      bunga         tunggul     payung   

    padang          tiang        longkang     tong sampah     

    jongkang - jongket


    AYAT TUNGGAL YANG MENGANDUNGI VOKAL BERGANDING (au ,aa ,ui ,ai , io , ia)

     Mizi pakai kain samping.

     Kuih raya di atas meja.

     Nora mohon maaf daripada ibu bapa.

     Hiasan daun kering itu pada dinding.

     Ibu Ben Li pakai ceongsam merah.

     Mizi makan buah rambutan.

     Di atas meja itu ada ais kacang.

     Tamanah pakai kain sutera.

     Nora tuang air ke dalam gelas.





    Nama Am
    1  Kata Nama Am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesutu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya.
    2  Dengan kata lain perkataan Nama Am digunakan bagi menyebut sesuatu secara am atau umum.
    3  Kata nama am dapat dibahagikan kepada kata nama yang:
    (a) konkrit, iaitu nama sesuatu yang dapat dipegang, atau dapat dirasa, atau dapat dilihat
    (b) abstrak, iaitu nama sesuatu yang hanya dapat dibayangkan atau    dikhayalkan.
        
    Manusia , orang
    ayah, perempuan, kerani, polis, guru, doktor dll
    binatang
    ayam, gajah, kerbau anjing, kuda, burung, ikan dll
    tumbuh- tumbuhan
    pokok, betik, rumput, lalang , bunga dll
    benda
    pasir, buku, radio, rumah. Motorkar, pen,  dll
    tempat
    pejabat, pulau, sekolah, kampung, bandar, negeri dll
        
    4   Kata nama am hendaklah ditulis dengan menggunakan huruf kecil melainkan pada awal ayat.
    Contoh:

    i. Pada akhir ayat  : Dia sedang menjinakkan seekor gajah.
    ii. Pada awal ayat  : Gajah itu berbadan besar.


    Kata Nama Khas
    1.  Kata nama khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa.
    2. Benda-benda yang bernyawa ialah nama manusia dan nama binatang.
    3. Benda-benda yang tidak bernyawa ialah nama tempat, judul buku, nama bangunan, dan sebagainya.
    4. Perkataan Nama Khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau khas.
    a) benda; misalnya : Seri Aman, Volvo, Proton Saga, Hikayat Hang Tuah, dll
    b) orang; misalnya : Ben Li, Cik Rafidah, Inspektor Azman, Dr. Long dll
    c) binatang ; misalnya : Si Comel, Pak Belang, Sang Kancil,dll
    d) tempat ; misalnya : Kampung Bahru, Shah Alam, Kuala Lumpur dll
    5. Biasanya huruf pertama perkataan nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar.

    manusia
    Zaidi, Ben Li, Navin
    binatang
    Si Comel, Tompok (kucing),
    Jalak (ayam)
    tempat
    Butterworth (daerah),
    Seremban (bandar),
    Jepun (negara)
    bangunan
    Pudu Raya (perhentian bas dan teksi),
    Menara Tun Razak (pejabat)
    judul buku
    Keluarga (majalah),
    Kamus Dewan ( buku)
    benda
    Proton Perdana (kereta),
    Jalur Gemilang (bendera)
    Pilot (pen), Seiko (jam)




    KATA TANYA
    1.    Kata tanya ialah perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu.
    2.    Kata tanya adalah kata atau perkataan yang digunakan untuk membentuk ayat-ayat tanya.
    3.    Kata tanya mesti diikuti oleh partikel ‘kah’ apabila digunakan di awal ayat tanya.
    4.    Kata tanya boleh wujud di awal, di akhir atau di tengah ayat.
    5.    Partikel ‘kah’ tidak diperlukan jika kata tanya terletak pada akhir ayat.
    contoh
    a. Apakah benda itu ?
    b. Buku siapakah ini ?
    kenapa
    Kenapakah Ahmad gagal dalam ujian itu ?
    bila
    Bilakah awak akan memulangkan buku saya ?
    siapa
    Engkau ini siapa ?
    mengapa
    Mengapakah baju awak ini basah ?
    apa
    Apakah nama binatang itu ?
    bagaimana
    Bagaimanakah rupa hantu ?
    berapa
    Di dalam kelas itu ada berapa orang murid lelaki ?
    mana
    Nelayan itu dari mana ?





    SENARAI NILAI MORAL
    BIDANG 1 - PERKEMBANGAN DIRI

    1.1 KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN 感谢上帝
    Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhan Nya berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan prinsip Rukun Negara


    1.2 AMANAH 可信任

    Sikap bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain


    1.3 HARGA DIRI 自尊
    Keupayaan dan keyakinan diri agar mampu memulia dan menjaga maruah diri dalam kehidupan


    1.4 BERTANGGUNGJAWAB 有责任
    Kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna

    1.5 HEMAH TINGGI 高品德
    Beradap sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian

    1.6 TOLERANSI 
    Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham demi kesejahteraan hidup


    1.7 BERDIKARI 独立
    Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain

    1.8 KERAJINAN 勤劳
    Usaha yang berterusan penuh dengan semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan, dedikasi dan berdaya maju dalam melakukan sesuatu perkara

    1.9 KASIH SAYANG 有爱心
    Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas

    1.10 KEADILAN 公正
    Tindakan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah

    1.11 RASIONAL 合理的
    Boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan dapat mengambil tindakan berasaskan pertimbangan yang wajar


    1.12 KESEDERHANAAN 中庸
    Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada dalam pemikiran, pertuturan atau perlakuan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain

    BIDANG 2 - KEKELUARGAAN

    2.1 KASIH SAYANG TERHADAP KELUARGA 爱家庭
    Perasaan cinta, kasih dan sayang yang mendalam dan berkekalan terhadap keluarga

    2.2 HORMAT DAN TAAT KEPADA ANGGOTA KELUARGA 尊重家庭成员
    Memuliakan setiap anggota keluarga dengan berinteraksi dan memberi layanan secara bersopan untuk mewujudkan keluarga yang harmoni

    2.3 MENGEKALKAN TRADISI KEKELUARGAAN 保持家庭传统
    Menerima, menghormati dan mengamalkan sesuatu kebiasaan, adat dan kepercayaan yang diwarisi secara turun temurun dalam keluarga

    2.4 TANGGUNGJAWAB TERHADAP KELUARGA 家庭的责任
    Kewajipan yang harus dilaksanakan oleh setiap individu terhadap keluarga untuk melahirkan keluarga bahagia, meningkatkan imej dan menjaga meruah keluarga

    BIDANG 3 - ALAM SEKITAR

    3.1 MENYAYANGI DAN MENGHARGAI ALAM SEKITAR 爱护和珍惜环境
    Kesedaran tentang perlunya memelihara dan memulihara alam sekeliling untuk mengekalkan keseimbangan ekosistem

    3.2 KEHARMONIAN ANTARA MANUSIA DENGAN ALAM SEKITAR
    Keadaan saling memerlukan hubungan harmonis antara manusia dengan alam sekeliling supaya kualiti kehidupan manusia dan alam sekeliling terpelihara

    3.3 KEMAPANAN ALAM SEKITAR 
    Pengekalan keseimbangan alam sekeliling sebagai tanggungjawab bersama untuk kesejahteraan hidup


    3.4 PEKA TERHADAP ISU-ISU ALAM SEKITAR 关心环境课题


    Prihatin terhadap persoalan yang berkaitan dengan alam sekeliling dan berusaha menyelesaikannya

    BIDANG 4 - PATRIOTISME

    4.1 CINTA AKAN NEGARA (patrio tisme )  爱国   
    Perasaan sayang dan bangga kepada negara serta meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri


    4.2 TAAT SETIA PADA RAJA DAN NEGARA
    Kepatuhan dan kesetiaan yang berkekalan kepada Raja dan Negara 忠心爱国

    4.3 SANGGUP BERKORBAN UNTUK NEGARA 为国家牺
    Kerelaan melakukan atau menyerahkan sesuatu termasuk nyawa sebagai tanda kebaktian untuk negara

    BIDANG 5 - HAK ASASI

    5.1 MELINDUNGI HAK KANAK-KANAK 
    Membela, memberi naungan dan memelihara hak kanak-kanak bagi menjamin kehidupan mereka yang sempurna


    5.2 MENGHORMATI HAK WANITA
    Melindungi dan mengiktiraf wanita sebagai individu yang boleh memberi sumbangan dalam pembangunan keluarga, masyarakat dan Negara

    5.3 MELINDUNGI HAK PEKERJA
    Menghormati, menghargai dan mengiktiraf perkhidmatan, jasa dan sumbangan golongan pekerja dalam pembangunan Negara
     
    5.4 MENGHORMATI HAK GOLONGAN KURANG BERUPAYA
    Memberi layanan yang bersopan kepada golonga kurang berupaya supaya tidak berasa tersisih dan mengiktiraf mereka sebagai insan ciptaan Tuhan


    5.5 MELINDUNGI HAK PENGGUNA
    Membela dan memelihara hak individu untuk menjadi pengguna yang berilmu, mendapat perkhidmatan serta barangan yang berkualiti dan tidak mudah dieksploitasi

    BIDANG 6 - DEMOKRASI

    6.1 MEMATUHI PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG 遵守规则和法律
    Menerima dan mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditentukan tanpa mengira sesiapa dan di mana seseorang itu berada


    6.2 KEBEBASAN BERSUARA 自由言论
    Kebebasan berucap dan mengeluarkan fikiran dengan batasan tertentu bagi menjaga keselamatan dan ketenteraman

    6.3 KEBEBASAN BERAGAMA 自由宗教
    Kebebasan setiap individu untuk menganuti dan mengamalkan agamanya seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia

    6.4 PENGLIBATAN DIRI DALAM PEMBANGUNAN NEGARA
    Kebebasan untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti pembangunan negara dengan memetuhi peraturan, undang-undang dan Perlembagaan Malaysia


    6.5 SIKAP KETERBUKAAN
    Bersedia memberi dan menerima pendangan, pembaharuan dan kritikan selaras dengan kebenaran fakta dan norma masyarakat Malaysia


    BIDANG 7 - KEAMANAN DAN KEHARMONIAN
     
    7.1 HIDUP BERSAMA SECARA AMAN 融合相处
    Hidup berbaik-baik antara satu sama lain dengan mengutamakan kedamaian dan keharmonian hidup tanpa mengira agama, bangsa dan budaya

    7.2 SALING MEMBANTU DAN BEKERJASAMA 互相合作
    Usaha yang baik dan membina yang dilakukan bersama pada peringkat individu, komuniti atau negara untuk mencapai sesuatu matlamat


    7.3 SALING MENGHORMATI ANTARA NEGARA 尊重国家
    Menghargai dan memuliakan hubungan antara negara untuk menjamin kesejahteraan sejagat










    No comments:

    Post a Comment